Marissa tertido atas riba ketika entry ini ditulis. Itu kerana mama wants to spend as much time possible with her while doing other things. Kalau tak asyik melekap ngan bibik.
saya dah pandai meniarap!
Hari gambar nie di ambil Marissa genap 6 bulan.
Appointment untuk injection Polio 3rd dose. Marissa time nie 6kg. 2 weeks before dia cecah 6 months. Next injection will be for Hepatitis B 3rd dose.
selepas di inject. Marissa tak nangis pun. Good girl!
saya dah pandai meniarap!
Hari gambar nie di ambil Marissa genap 6 bulan.
Appointment untuk injection Polio 3rd dose. Marissa time nie 6kg. 2 weeks before dia cecah 6 months. Next injection will be for Hepatitis B 3rd dose.
selepas di inject. Marissa tak nangis pun. Good girl!
Sedang sedut gas kat klinik Subang Perdana.
26.2.2010 Marissa genap 6 bulan. Ini bermakna misi pendek ku telah berjaya. Sebelum mencecah 6 bulan, Marissa telah diserang batuk2 berkahak yang teruk dan juga selsema yang teruk. AKu suspect sebab aku makan durian dgn byk hari tue dan effect kat dia sbb menyusu badan. Nature durian yang agak panas di makan pada musim panas memang agak tidak ekna pada masanya. Di tambah pula tidur di dalam aircond , aku rasa itu semua penyumbang kepada sakit yang melanda Marissa. Dia di tahap tiada suara, kerana tekak dia sudah sakit sangat agaknya. Nak batuk pun tak berbunyi sudah macam di serang athma. Aku bawa Marissa ke klinik. Doctor suruh ambil nebulizer untuk mencairkan kahak. Aku agak terperanjat kerana Marissa lansung tidak menangis semasa sedut gas tue. Bagus anak mama nie! Dia cuma menangis masa mula2 nak letak corong tu ke muka nya mungkin rasa kurang selesa.
Aku terpaksa membawa Marissa ke klinik untuk nebulizer tiga hari berturut2. Terpaksalah aku masuk office lambat sedikit tiga hari tue. Mujur Boss pun memahami. Doctor juga bagi antibiotik. Setiap 8 jam sekali Marissa akan ambil 1.5ml sahaja. Aku kalau boleh nak elakkan antibiotik tapi klu dah terlalu teruk tak boleh nak elak dah. Ubat batuk dan selsema juga aku suruh bibik bagi ikut 7-8 jam sekali. Even pukul 3 pagi pun aku akan bagi pada Marissa. Aku cuma takut demam menyerang, sebab kalau dah demam itu menunjukkan paru2 dia dah dijangkiti kuman. Alhamdulillah, penghujung antibiotik tu, Marissa sudah kurang kahaknya.
Ketika sakit itu juga Marissa sudah pandai meniarap. Orang kata baby nie kalau nak pandai sesuatu dia akan sakit dulu. Tak tahulah how true it is, but it happen to Marissa this time. Anak2ku sebelum ni meniarap pada umur 3 bulan. Cuma Marissa aje yang agak lambat. Doctor pun ada cakap Marissa akan lambat sebulan berbanding bayi normal dek kerana saiz kelahirannya yang agak kecil. Bagi aku yang penting dia sihat dan perkembangan dia average, tidak terlalu lambat.
Aku masih lagi memberinya susu badan yang di perah. Misi memerah masih berjalan seperti biasa. Setiap kali perah sekarang Alhamdulillah dapat 6oz. Ini mungkin berkat aku makan supplement Shaklee. Lepas ni aku wat entry pasal supplement Shaklee yang aku makan sekarang.
Marissa masih bangun pukul 3 pagi tido sekejap pukul 4 pagi dan bangun semula pukul 5 pagi sehingga ke subuh. Pukul 6 pagi bibik bangun ambil alih jaga baby dan aku akan ucapkan 'Bye Marissa, mama nak sambung tido'..hehehe...got to recharge myself before going off to work. If not, will be too sleepy in the office.
No comments:
Post a Comment