Trial Pack Shaklee 30days consume
Aku selalu keletihan di office dek kerana berjaga malam. Tak berhenti aku menguap di office. Aku memang mencari-cari sesuatu supplement untuk menghilangkan keletihan yang teramat sangat.
Akhirnya aku terjumpa satu blog yang amat menarik perhatianku. Itupun setelah aku menggoogle dalam susuibu.com. Blog itu adalah blog kesihatan yang memuatkan information tentang pemakanan multivitamin yang boleh mengoptimumkan kesihatan kita semua. Selama ini memang aku mencari supplement apakah yang boleh di ambil untuk mengelakkan diri aku daripada keletihan sepanjang hari so that aku boleh menjalankan tanggungjawab di office dengan bertenaga dan sambung tanggungjawab di rumah. Sesuatu yang berkualiti dan dalam lingkungan kemampuan kewanganku. Aku pasti ramai yang pernah dengar jenama Shaklee. Lebih2 lagi untuk seseorang yang baru lepas melahirkan,dan memerah susu ( since aku adalah Exclusive pumping) aku memang perlu mengambil sesuatu supplement.
Terima kasih kepada Norita atau N kerana menyediakan satu blog yang sangat informative. Blog http://anakkuwiraku.blogspot.com kepunyaan N sentiasa menjadi rujukanku. Terasa sangat rugi kerana tidak menjumpai supplement ini since my first pregnancy. N telah memperkenalkan Trial Pack Shaklee 30 days consume. Aku telah mengorder satu Trial Pack Shaklee ini ketika aku mula2 kembali bekerja. Ianya telah dicourierkan ke officeku. Antara sebab2 aku kena cuba trial pack ini:
- sentiasa mengantuk dan kepenatan apabila balik malam terpaksa melayan 3 orang anak yang masih kecil di rumah.
- Exclusive Pumping ( EP) memerlukan makanan yang boleh memperbanyakkan kuantiti susu dan kualitinya juga because no direct feeding takes place.
- susu agak cair apabila jarak mengepam dipanjangkan.
- apabila badan penat, agak sukar untuk stay focus di office - itu akan effect kualiti kerja.
Selepas hari ke-3 makan shaklee,aku dapat lihat perbezaannya. Iaitu:
- susu semakin banyak
- susu semakin pekat
- badan terasa agak segar
- tidak lagi mengantuk di office
- sampai di rumah, boleh stay awake sehingga pukul 11pm ( sebelum ambil Shaklee pukul 8pm mata sudah tidak boleh buka)
Aku memang sudah lama dengar jenama Shaklee tetapi tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk mencuba. Agaknya aku fikir harganya sangat mahal. Tapi sebetulnya belum pernah ada orang yang betul2 memperkenalkan Shaklee kepadaku selama ini. Aku tidak pernah ambil tahu apakah kebaikan vitamin2 Shaklee selama ini. Sekarang information ini semuanya dihujung jariku.
Jadi dengan penemuan Vitamin ini, aku berharap hasratku untuk menyusukan si kecil Marissa sampai 11 bulan at least akan tercapai. Aku meletakkan target 11 bulan sahaja kerana genap umur Marissa 11 bulan, maid aku akan pulang ke Indonesia kerana kontraknya telah tamat. Lainlah kalau aku mendapat replacement maid yang sebagus maid aku sekarang. Aku berserah kepada Yang Maha Esa.
1 comment:
alhamdulillah,Allah mengizinkan Kyra merasa the different of Shaklee.
Post a Comment