Wednesday, November 18, 2009

Susu semakin kurang

Di bulan kedua, susu ku makin kurang. Sedangkan masa tu baby hanya minum susu yang baru di perah sahaja.Baby menolak frozen EBM yang berlambak dlm freezer, dan juga formula milk yang Doc Paed beri dihari kelahirannya, iaitu Enfalac khas untuk baby pramatang. Hingga saat entry ini di tulis ( baby dah 2 bulan 3 minggu), baby Marissa hanya habis satu tin susu tin formula. Itu pun banyak kali bancuh yang akhirnya di buang kerana baby tak nak minum.

Untuk menambahkan susu semula, aku meminta ibu mertua singgah ke kedai senseh yang berdekatan rumahnya dan beli longan kering. Dia telah membeli longan kering, kurma kering dan ginseng. Aku terus merebus ketiga2 benda tersebut lalu m inum air dan makan isinya. Breast terus bengkak susu, suka nya aku. Tetapi kegembiraan aku berbayar. Rupanya longan adalah sangat bisa untuk penyakit urat. Habis lenguh2 badan2 ku. Sempat juga makan dan minum 3 hari terus stop.

Lepas itu aku ke klinik untuk mendapatkan pil untuk menambah susu. Ini atas saranan makcik Jamaliah yang mengurutku petang itu. Terima kasih makcik. Banyak sungguh petua2 yang makcik telah berikan sepanjang mengurutku, tapi sayangnya aku telah habis pantang. Ini kerana petua yang makcik Jamaliah berikan kesemuanya untuk orang di dalam pantang. Alangkah baiknya kalau aku berjumpa makcik Jamaliah sebelum bersalin. Apa nak buat, Allah belum temukan aku dengan makcik. Di klinik Doc telah mendeskripsikan aku pil Moridone Domperidone 10mg. Pil ini memang berkesan.

Aku juga telah membeli PIL ASI ( PIL AIR SUSU IBU) daripada Puan Yati. Aku makan sekali je susu terus melimpah ruah.:-). Alhamdulillah rezeki baby melimpah ruah. Dalam masa yang sama , aku makan lobak putih setiap hari. Di masak sup pun sedap. Tapi ia sebenarnya agak sejuk, jadi sakit juga badanku.

Bila jumlah susu yang kupam meningkat selepas makan semua tu, aku pun berhenti makan. Alhamdulillah, setiap kali pam , dapat 4oz atau lebih. Kadang berlebihan dengan permintaan dari baby kecil ku. Aku seboleh mungkin tidak mahu membekukan susu kerana freezer dah penuh lagipun baby tak berapa gemburi minum frozen EBM. Jadi, aku hanya maintain secara semula jadi.

Pernah juga aku berkira2 ingin mendietkan diri, lalu aku catu makanan. Ambik nasi pun sikit je. tapi aku tak boleh teruskan kerana air susu mula berkurang semula.Sebenarnya aku dah kembali gemuk selepas 44 hari. Ini semua kerana banyak faktor. 1) Aku ada helper( aka maid) di rumah. Semua kerja rumah dia yang buat. Berbanding dengan pantang masa baby #2. Masa tu aku kurus ketika masuk kerja semula walaupun aku cuti 4 bulan, kerana semua kerja rumah ku buat sendiri. Kali ini, aku betol2 relax. Aku hanya melayan anak2 sahaja. 2) Aku terpaksa tidur di waktu siang kerana baby kuat berjaga di malam hari. Kalau aku tak tidur, mana aku nak cari tenaga nak berjaga malam tu pulak. Lepas makan tidor!!Yeea! Mana tak gemuk!huhu.3) Aku kena makan lebih sikit untuk maintankan air susu. Kalau tak kesian lah kat baby kecil ku, tak besar2 dia nanti.

Itulah ups & down perjalanan aku kali ni untuk menyusukan baby #3 ini. Aku selalu berdoa semoga aku terus tabah menghadapi semua ni. Mana tak nya, aku kena pam setiap hari 7-8 kali sehari. Aku lebih suka gunakan Avent manual. Jadi, kadang2 lenguh belakang tu ada. Tapi kugagahi jua demi baby kecil ku itu. My goal is to give my milk until she is 6 months old. That's my short term goal. Aku tak pasti samada akan achieve ke tak sebab lepas nie aku akan mula bekerja semula.

Aku cuma bernasib baik kerana punyai orang2 di sekeliling yang sangat supportive. Maid aku sangat memahami jadi setiap hari dia akan sediakan botol2 yang akan aku gunakan untuk mengepam,menstril, rendam air panas pam dan botol2. Mak mertua dan suami juga sangat memahami. Merekalah yang selalu encourage aku. Aku rasa, tanpa semangat dari orang2 yang rapat denganku, aku tak pasti project besar aku ni akan berjaya. tak lupa juga teman2 yang banyak bagi kata2 semangat. Tapi yang paling penting, keizinan dari-Nya. Semoga Allah terus mengurniakan rezeki susu ibu buat baby Marissa. Ameen.

Baby Marissa dah 4kg lebih as at to date. Alhamdulillah..

2 comments:

:.AtiqaMusa.: said...

boleh sy tahu pil ASI tu nak dapatkan di mana yer

Unknown said...

susah nak cari pil asi