Setelah baby menolak untuk direct feeding, maka bermulalah episod baru hidupku, iaitu, exclusive pumping. Aku terjun ke bidang ini kerana aku mempunyai visi untuk memberi yang terbaik untuk bayiku, iaitu susu ibu. Aku tidak ingin jadikan alasan failure in direct feeding maka bayiku terpaksa minum susu formula. Tidak sama sekali. Aku bernasib baik kerana punyai seorang kawan pangkat adik untuk meminjamkan Breast pump S3. Thank u So much Zatil! Di dalam pantang, Spectra S3 banyak membantu kerana ia dapat mengurangkan banyak pergerakan tangan. Lagipun, dalam pantang kita tak boleh banyak bergerak kan. Lagi satu kebaikan S3 ni dia tak banyak part untuk dibasuh berbanding dengan Avent Isis manual ku.
Lalu aku kerapkan pam iaitu setiap 3 jam. Masa tu dapat lah dalam 2oz setiap kali pam. Walaupun stock beku sudah banyak tapi baby lebih gemarkan yang segar. Aku pam terus bagi pada dia, dia memang suka sangat minum.Minum tanpa banyak karenah. Dan yang ajaibnya, dia boleh minum susu pada suhu bilik jadi aku tidak perlu panaskan. Jika susu diletakkan di bahagian chiller dan panaskan dahulu sebelum minum, dia akan minum sambil main2.
Itulah karenah bayi kecilku ini.
Di sebalik cerita suka susu segar ini sebenarnya ada satu cerita berkaitan. Bayi kecilku di panggil 'Baby Ain'. Baby Ain suka nangis tanpa mengetahu sebab. Baby Ain lahir dalam bulan puasa. Di bulan puasa, baby jarang nangis. Mungkin kerana semua hantu diikat. Aku percaya, syaitan memang wujud disekeliling kita, dan pada bulan puasa, syaitan telah diikat. Aku nampak connection di situ. Baby memang jarang nangis bulan puasa. Lepas raya je, pada hari raya pertama, baby start nangis dengan kuatnya terutamanya di tengah malam antara pukul 2-5 pagi. Jenuhlah aku dan hubby bergilir2 mendukungnya,dan kadang2 bibik pun keluar sekali.
Perkara ini berterusan sehinggalah ibu mertuaku kenalkan aku dengan seorang pakar terapi guna tenaga dalaman. Kak X namanya. Dia tinggal di Keramat. Dia mengatakan baby memang diganggu makhluk halus, in fact daripada lahir lagi. Masa tu aku ada bagitahu baby tak nak direct feeding. Boleh tak dia buatkan supaya baby nak susu ibu sahaja. Kak X juga menyarankan supaya kami jangan panggil 'Ain'. Mungkin nama tu kurang sesuai untuk baby. Jadi kami panggil baby dengan nama ' Baby Marissa'.
Lepas balik daripada rumah Kak X, baby memang sudah kurang nangis, Alhamdulillah sangat. Syukur pada Allah. Tapi,side effect dia, baby tak nak minum frozen @ chilled breast milk. Baby nak minum susu segar sahaja. Pada mulanya aku happy tapi bila time susu segar sudah habis dan terpaksa curi Frozen milk, itu yang masalah sebab baby tak nak minum. Pada mulanya aku pelik dan sedih, kenapa baby tolak?..Aku call Kak X, rupanya Kak X memang ada bacakan ayat Quran dan meminta dari Allah supaya baby nak minum susu dari badan sahaja. Maksudnya supaya baby nak direct feeding. Tapi baby still tak nak direct feeding. So,Kak X kata kena re-format..Kelakar sungguh aku rasa. Baby pun kena re-format.Hehe..
Aku pergi sekali lagi ke rumah Kak X. Reformatted done. Balik rumah try bagi minum susu yang frozen @ chilled ( yang telah di panaskan) alhmadulillah, baby mau minum. Namun, dari kejadian sebelum re-format itulah, aku tahu yang baby suka minum susu segar yang tak perlu dipanaskan. Lagi senang kerja aku sebenarnya kerana satu langkah boleh dihapuskan,iaitu memanaskan susu. Walaupun aku dah beli warmer khas untuk baby, tapi sangat jaranglah dipakainya.
Sekarang, aku masih mengepam. Setiap 3 jam aku akan pam. Bila tengah malam pun aku akan pam ketika baby tidur. Masa tidur ku bertambah kurang kerana baby pun kurang tidur malam. Dan bila dia tidur sekejap, aku akan cepat2 pam susu sebelum dia bangun semula. Aku terima semua ini sebagai dugaan untuk aku membesarkan baby ke-3 aku ni. Aku tahu besar pahalanya apa yang aku sedang buat ni. Insyaallah...Baby Marissa masih boleh menikmati susu ibu walaupun tidak minum direct. Alhamdulillah...Aku pam setiap 3 jam letakkan pada suhu bilik cukup untuk dia before sampai next feeding.
Lepas ni, cerita susuku merudum, dan apa yang telah kulakukan untuk mengembalikannya.
No comments:
Post a Comment