Sejurus selepas dilahirkan
Tanggal 25.8.2009, sakit contraction setiap 5 min bermula pukul 1.00pagi.Ku kejutkan suami ku memberitahu kesakitanku.Ibu di kampung menggesa supaya terus pergi ke hospital memandangkan sakit telah datang setiap 5 min. Aku menuggu hingga pukul 5 pagi barulah bersiap ke SJMC.Kesian suamiku tidak sempat bersahur. Sampai di SJMC, aku di usung dgn strecher. Terasa sangat lucu sekali krn aku sebenarnya belum betol2 rasa sakit yg sangat kuat. Di masukkan ke labour room, aku diletakkan CTG utk memeriksa level contraction.Memang ada contraction, kata Nurse. Tetapi makin lama, jaraknya makin jauh antara satu contraction ke satu contraction. Doctor datang periksa, kata doctor kalau boleh jangan bersalin dulu kerana aku baru 35 minggu,sepatutnya due date lagi sebulan. Bila doc check, sudah terbuka 2cm.Kesian suami ku, menunggu seharian di dalam labour room dalam keadaan berpuasa tanpa bersahur pagi tadi. Hajat dia nak makan nasi goreng yang aku goreng belum kesampaian.
Pukul 7 petang,oleh kerana jarak kesakitan makin jauh, i.e setiap setengah jam, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Pada ketika itu bukaan baru 3cm. Aku ingin bersama anak2 ku yang 2 orang itu.Sebelum balik,aku meminta hubby beli air manggo lassi dari kedai D'Tandoor yang memang telah lama kuidamkan. Singgah ke office sekejap untuk mengambil laptop ku.Jumpa boss ku, Ms Lam yang masih belum pulang pada ketika itu. Dia sempat menyatakan kerisauannya tentang kerja2 ku yang masih belum diambil alih oleh orang lain jika aku bersalin awal. Aku memberi jaminan mungkin seminggu lagi.
Balik rumah, ketika ingin tidur, sakit itu datang lagi. Kali ini, makin kuat berbanding siang tadi. Pukul 1.00 pagi, aku bangun membuka laptop dan reply email2 kepada orang2 yang berkaitan untuk divert email diaorg kepada orang yang telah diassignkan selepas aku bersalin. Masa tu sakit yang tak tertahan. Suami ku yang sedang tidur ku renung dia. Tak sampai hati untuk ku kejutkan dia kerana seharian siang tadi kepenatan menuggu.
Pukul 5 pagi akhirnya kami keluar rumah menuju ke SJMC. Masa yang sama seperti semalam. Kali ni aku yakin yang aku akan bersalin hari ini jugak. Terus ke labour room dan doc di panggil.Budan memeriksa bukaan sudah 6cm. Sakit contraction memang sangat kuat tak tertahan sakit pinggang setelah dua hari aku sakit contraction di pinggang. Aku meminta epidural kerana aku rasa aku tak mampu menahan kesakitan itu. Doc epidural tiba pukul 7.30pagi.Setelah dimasukkan epidural,aku sudah tidak merasa sakit.Terasa sangat mengantuk.Contraction makin tinggi ...hinggalah tiba saat itu..12.40tengahari, lahirlah bayi kecil ku seberat 2.11kg ke dunia yang fana ini. Sangat comel bayi kecil ku itu. Hilang rasa sakit setelah menatap wajah comelnya.
Sepakat kami namai dia 'Nur Ain Marissa' yang bermaksud Cahaya Mataku yang Sopan Santun.
Aku di alihkan ke wad perseorangan. Nasib baik ada bilik kosong available. Nurse2 di SJMC sangat friendly. Anak2 ku,ibu mertua, maid & suamiku tiba pukul 8.00 malam untuk menatap wajah bayi kecilku. Malam itu , aku tidur seorang di hospital. Suami terpaksa balik untuk menguruskan my other 2 kids. I miss them. Anak keduaku tak mahu berenggang semasa di hospital. Pastinya dia amat terasa ketiadaanku di rumah nanti kerana dia memang rapat denganku. Semoga kedua2 nya cepat meng'adapt'kan diri dengan kehadiran adik kecil mereka. Semoga bertambah meriah keluarga kami dengan kehadiran bayi kecil ku.

No comments:
Post a Comment