Monday, November 2, 2009

Saat itu



Sejarah breastfeeding anak2ku agak berjaya krn aku berjaya menyusukan kedua anakku yang sebelum ini sehingga setahun lebih. Untuk yang ketiga,sudah pasti keyakinan 'boleh menyusukan' agak tinggi.

Ketika di wad, nursery akan menelefonku dulu bertanya adakah aku ingin menyusukan baby. Aku meminta supaya baby dihantar ke wadku sebelum sampai masa dia minum. Tapi susuku masih belum ada. Setiap kali kuletakkan baby ke dada,baby hanya akan tidur tidak mahu membuka mulut.hampir sejam aku lekapkan dia ke dada setiap kali tiba feeding time. Tapi end up dengan dia tak hisap apa2 pun. Lalu aku akan serahkan dia semula kepada nursery. Pada firasatku, 'alaa..susu belum ada, balik rumah baby akan hisap. takpe lah bagi dia minum susu botol dulu.' Itulah yang terjadi selama 3 hari aku di wad. Di nursery, mereka menggunakan botol susu untuk memberi baby minum. Masa tu aku belum ada pengetahuan yang mana sepatutnya baby diberi menggunakan sudu atau cawan. Mungkin Paed pilihan ku masa tu juga tak perasan pasal nie( ini pertama kali aku melahirkan di hospital ini, Paed dipilih erdasarkan recommendation daripada kawan).
Hari ke-3 aku dibenarkan pulang, tetapi baby masih belum boleh pulang kerana Paed ingin monitor birubilin level baby takut2 jaundice menyerang. Aku pun pulang dengan hati yang berat. Hari ke-4, aku mengurut seluruh badan sambil bertujuan untuk mengeluarkan susu. Selepas urut aje aku mula bengkak buah dada. Kuletak kobis,kuurut guna kain tuala panas,ku sikat untuk hilangkan sakit dek bengkak susu. Aku beli pam Avent ISIS manual lalu mula mengepam. Colestrum keluar diikuti dgn susu yang warnanya masih kuning. Petang hari ke-4, baby sudah boleh keluar. Aku masih belum boleh menyusu baby kerana inverted nipple kerana bb mengeras. Terpaksa guna botol untuk susukan baby. Sambil mengawasi tahap kuning baby kerana bayi yang dilahirkan kecil orang kata sangat prone to jaundice.


Di rumah, ku letakkan baby di atas pelapik tilam terapi Zhulian yang mempunyai batu jed, magnet dan ion negative. Pada firasat aku, tilam ini telah menyebabkan bayu kecil ku tidak diserang jaundice. Ini kerana, tilam ini menyebabkan baby sentiasa kentut dan membuang najisnya yang kekuningan di mana sangat elok untuk baby daripada diserang jaundice.


Hari ke-5,doctor meminta kami membawa baby ke hospital untuk memeriksa tahap birubilin. Alhamdulillah, level baby hanya 166 out of 300. itu adalah di kira agak rendah. Aku bersyukur kerana baby tiada jaundice. Aku risau kiranya doctor menahan baby di hospital jika level nya agak tinggi. Aku rasa itu juga berkat susuku yang baby minum.


Hari ke-6,aku mencuba lekapkan baby ke dada, tapi baby menolak setiap kali aku cuba beri susu di badan. Dia akan menangis sekuat hati. Jadi, penyusuan di teruskan dengan menggunakan botol. Setiap hari ku cuba tapi itulah yang berlaku. Aku sangat sedih. Tak pernah bay hisap direct. Aku layari susuibu.com, ku cuba langkah2 yang diajar, tapi nampaknya tak berhasil.

Aku kira disinilah bermulanya episode sedih antara aku dan baby di mana aku tidak berjaya menyusu secara direct. There is no direct feeding. Aku terasa satu kegagalan yang sangat besar. Tanpa direct feeding, special bonding antara aku dan baby akan kurang. Aku tidak pernah menyangka yang perkara begini akan terjadi. Tapi aku tahu, aku harus terima semua ini dengan redha dan hati yang tabah..maka bermulalah satu kehidupan baru bagi aku....till next posting..

No comments: