Balik kampung lepas concert kakak. Initial plan nak bawak bibik balik sekali tapi due to some reason tak jadi. One of the reason, bibik tak tahan perjalanan jauh, nanti mabuk naik kereta lama2. So, aku tak nak apa2 yang tak diingini terjadi, baik lah kalau bibik di tinggalkan je di rumah ibu mertua ku.
So, hari rabu 25/11/2009 bertolak balik ke Besut terengganu. Perjananan yang memakan masa 8 jam lebih kurang amat memenatkan. Di tambah pula dgn aku sakit leher kerana tersalah bantal. Dah aim bila sampai je kampung nak mengurut. Marissa tak beri so much problem dalam perjalanan. Aku masih mengepam untuk stok susu dia dalam kereta. Luckily dia tak banyak menangis. Mungkin dia paham tak nak menyusahkan mamanya yang memang agak risau,sementelah ini kali pertama perjalanan jauh dengan baby. Cuma dua kali terpaksa berhenti kerana baby telah popo. Aku punya lah happy bila baby popo tapi bila terpaksa berhenti di dalam keadaan hujan,susah sikit lah. Tapi Alhamdulillah semua dpt di hadapi dgn baik. Kakak dan abang juga okay di dalam kereta. Terima kasih kepada VCD player yang boleh keep them occupied. Habis lah khatam beberapa CD favourite mereka.
Sampai kampung pukul 7.30 mlm, terus panggil tukang urut datang mengurut. Tukang urut sampai pukul 9 mlm dan mula mengurut. akhirnya niat ku kesampaian untuk mengurut di kampung. Rancang nak urut lagi sekali tapi tengok kepada keadaan kena melayan baby,abang dan kakak,akhirnya memang tak kesampaian.
7 hari di kampung,masa mengepam ku agak terhad kerana ketidakselesaan kerana berada bukan di rumah sendiri. Disebabkan aku kurang kerap mengepam, akhirnya 'period' pertama ku telah datang. AKu agak terkejut dan sedih. Tak sangka seawal itu dia datang. Yang lepas2, sampai 10 bulan aku tak 'period'. Kena lah redha kerana kali ini aku fully express pumping, not fully breast feeding,. huhu..
Dalam masa 7 hari itulah kualiti susu agak menurun kerana jarang pam. Baby selalu menangis kerana lapar.Lalu kubelikan susu formula dgn perasaan berat hati. Malangnya, baby tidak berapa menggemari susu formula. Nak tak nak terpaksa kukerahkan seluruh tenaga 4 kerat ku ini untuk mengepam untuk memberi yang terbaik padanya. Perasaanku, bercampur baur, happy kerana dia tak mahu susu formula tapi dalam masa yang sama kesian kerana dia lapar.
On the way balik ke KL, nasib baik lah my beloved mum nak ikut sekali kerana ingin menghadiri kenduri anak adiknya di KL. At least my mum boleh pegang baby kalau aku perlu mengepam. Baby pulak bila tahu ada orang yang boleh jaga dia, dia selalu menangis di dalam kereta. Kurang pulak tidurnya. Tak tahu kenapa. Jadi journey balik ke KL agak hectic dengan tangisan baby.
Sampai di KL terus ke rumah nenek (Ibu mertuaku) untuk pick up bibik. Rupanya bibik telah belikan sayur cekak manis untukku. Menurutnya, sayur tu boleh tambahkan susu. Rupanya bibik telah dapat berita yang aku jarang pam menyebabkan susu berkurang. Caring la pulak.hehe...Syukur padaMu Allah kerana anugerahkan seorang maid yang baik.
Ibu mertuaku juga bertandang ke kampung untuk menghadirkan diri ke majlis aqiqah dan cukur jambul baby bersama2 ayah mertua dan adik ipar. Jadi bibik terpaksa tinggal keseorangan di rumah nenek. Nasib baik ada kawan adik ipar temankan bibik satu malam.