Friday, September 3, 2010

Fasting and pumping

Aku telah berazam untuk berpuasa penuh tahun ini walaupun dlm masa yang sama aku ingin continue pumping. Utk persediaan itu, aku telah mengorder Energizing Soy Protein from Shaklee. Itu akan berfungsi utk memaintainkan susu walaupun berpuasa.
Di ofis, aku express macam biasa. Hari pertama belum nampak bezanya. Tetapi slps seminggu nampak perubahannya. Susu semakin kurang. Itupun aku terus consume 4 vitamin yang aku selalu ambil iaitu B-compleks, Vitamin C, Alfafa dan Vitalea. 4 vitamin ini menolong badan aku menyediakan susu utk Marissa. Aku juga makan beberapa bij kurma ketika bersahur dan berbuka puasa. mkn nasi setiap kali waktu mkn. Air kosong yg byk adalah sgt penting.
pernah juga aku tidak bgn sahur. Terasa sgt dahaga tetapi pam ttp pam.
Satu kejayaan utk aku bila Marissa telah mencecah 1 tahun pd 26hb Ogos dan masih minum susu mama. Alhamdulillah. Misi kedua aku telah berjaya. Sekarang aku hanya pam sekali sahaja di ofis. Kerana kekangan masa, aku tidak mampu utk melakukannya 2 kali seperti biasa.
Mungkin perasaan berjaya tu ada dlm diri..hehe..aku telah kurang rajin mengepam. Jarak mengepam sekarang dipanjangkan kpd 6-8 jam sekali. Maafkan mama Marissa. Ketiadaan bibik dan kesibukan di ofis menghalang mama utk pam secara dgn lebih kerap.
Sekarang ni pun marissa sdg menangis sementara mama sdg menulis blog. Pity my little baby...
Lagi 6 hari umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri,hari kemenangan, hari kita kembali kpd fitrah iaitu blh mkn seperti biasa.. lagi 4 hari kami akan pulang ke kampung mama Besut,Terenggau. Mama sungguh excited utk bertemu sanak saudara di kampung. Doakan kami selamat pulang dan kembali.
Selamat menyambut Ailifitri kpd semua yg sudi membaca blog yg tak seberapa ini..Semoga beroleh keberkatan di hari yang mulia nanti... InsyaAllah...

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)