Pada 26hb July, husband akan menjalani pembedahan tonsilnya di Damansara Specialist. Seperti biasa, untuk semua occassion yang akan dia lalui, dia akan menghubungi kedua orang tuanya. Telefon Ayah Mahat aka Atuk. Suara dia kedengaran berlainan daripada biasa. Ayah demam masa telefon tu. "Bang, ayah demam!" ( boleh dengar sbb loudspeaker)..Hatiku berdetik, eh...kenapa suara ayah dengar macam lain dan sayu jee...tapi aku diamkan aje. Rupanya esoknya ayah di masukkan ke wad Hospital Besar KL kerana muntah2 selepas makan apa2 aje.
Selepas keluar drpd hospital slps pembedahan tonsilnya, husband ku pergi melawat Ayah di HKL bersama dua anakku. Aku tidak ikut kerana ingin menghabiskan masa bersama Marissa dan mengemas rumah apa yang patut setelah ketiadaan maid. Aku fikir, weekend je lah masa utk aku berkemas di rumah sementelah dgn ketiadaan dua org askar itu.
yang aku tidak tahu, Allah telah menetapkan weekend itu adalah weekend terakhir untuk Ayah. Mujurlah husband ku pergi melawat Ayah,itupun aku yang suruh dia pergi.
Pukul 5 pagi pada 5hb Ogos, terima panggilan telefon drpd Boy, adik iparku. "Kak Keyra, ayah dah tak de!" " Huh????"
Kami terus bergegas ke HKL 15 min je sudah sampai sbb tak jem. Ibu je ada di sana masa tue. Aku sangat terkilan sbb tak pergi melawat ayah di hospital weekend itu. Selalunya aku akan pergi setiap weekend. Sbb aku fikir ayah selalu keluar masuk hospital, mungkin sempat untuk aku jumpa di minggu hadapan.. Maafkan Keyra ayah! Kali terakhir aku jumpa ayah ialah 25hb July ketika menghadiri kenduri adik angkat ibu di Taman Melati.Boy telah semalat berkenduri kahwinnya pada 4hb July. Semuanya sudah selesai barulah ayah pulak pergi meninggalkan kami.
Menurut nurse, ayah pergi kerana heart failure. Ayah pun telah lama menderita kerana kencing manis dan sakit buah pinggang. dialisis 4 kali seminggu benar2 menguji kehidupan ayah dan ibu. Ayah pergi ketika beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Ayah akan terlepas daripada siksa kubur ( if any). Ayah pergi pada hari Khamis, iaitu malam Jumaat. Bersemadilah ayah dengan tenang di SANA. Jenazah ayah telah selamat di kebumikan di Tanah perkuburan Islam di Samudera, Gombak.
Malam itu, kami sekelaurga tidur di bilik ayah. Mujurlah Marissa tidur tanpa banyak karenah.
Semoga roh ayah di cucuri rahmatNya dan di tempatkan bersama2 org yang dikasihi olehNya. Ameeennn...
No comments:
Post a Comment