Showing posts with label Trial Pack. Show all posts
Showing posts with label Trial Pack. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Experience with Supplement Shaklee

Sehingga saat ini, sudah bulan ke-4 aku mengambil supplement Shaklee. Aku telah mengambil Vitalea, Vitamin C, Alfafa,B-complex, Vitamin E dan Ostemetrix. 6 jenis pil aku telan setiap hari without fail.Tak pernah sehari pun aku miss mengambilnya. Pada pendapat aku, dengan mengambil supplement ini, aku dapat melihat perubahan ke atas diriku. Kini, aku tiada masalah sembelit lansung. Aku boleh ke toilet setiap hari dengan cemerlang. Aku kira ini adalah tindakbalas anti-oksidan yang sangat bagus. Secara tidak lansung, aku boleh mengawal berat badan dengan cara itu. Aku terpaksa makan nasi setiap hari untuk lunch dan dinner. Kalau aku tidak lawas, ia akan terkumpul di dalam badan sebagai lemak.
Aku memang terpaksa tidur di dalam bilik air cond setiap hari. Ini kerana cuaca yang sangat panas sekarang dan tidur bersama anak2 kecil zaman sekarang sangat depend pada aircond. Alhamdulillah, walaupun tidur dalam aircond,aku tidak mengalami sakit2 badan. Ini amat berbeza dgn zaman2 dahulu yang mana aku akan mengalami sakit2 badan sekiranya tidur dalam bilik aircond sepanjang malam. Aku fikir kerana supplement ini yang bersifat agak panas, memanaskan badan aku. Dan sifat alfafa itu sendiri seperti Kacip Fatimah telah membuatkan badan aku terasa segar sepanjang hari. Biasanya badan aku tidak terasa sebegini kuat apatah lagi baru lepas bersalin.
Walaupun aku tidak cukup tidur pada waktu malam, tapi aku masih cergas pada siang hari. Inilah lifesaver aku. Disamping itu, susuku juga tidak mengalami kemerudunam yang teruk walaupun aku tiada Direct feeding. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Aku fikir B-complex telah membuatkan aku terasa ceria sepanjang hari. Aku sentiasa mampu tersenyum walaupun tidak mendapat tidur yang cukup. Padahal aku adalah seorang yang agak moody kalau tidur tak cukup. Khasiat B-complex dan Vitamin C juga akan disalurkan kepada Marissa bila dia minum susu badan. Boleh lihat warna susu menjadi kekuningan setiap kali aku perah susu 8 jam selepas makan B-complex.
Ostemetrix juga menyumbang kepada kestabilan susu badanku. kerana ia bertindak melancarkan perjalanan darah. Di samping itu menjamin kalsium yang cukup dalam badan kerana seorang ibu yang menyusu memerlukan kalsium untuk menampung kalsium yang telah hilang ketika menyusu badan.
Dengan mengambil Vitamin E Shaklee, aku dapat rasakan perubahan pada kulit terutama kulit muka. Tapi tak berani nak komen lebih2 takut aku je yang rasa macam tu tapi orang lain nampak takde perubahan pun. Apa2pun yang pasti, aku happy sentiasa bila mengamalkan pengambilan Multivitamin Shaklee. Apa yang aku tulis ini adalah daripada pengalaman sendiri sehaja.
Aku juga adalah salah seorang member Distributor Shaklee. Aku juga menyediakan Trial Pack secara kecil2an. Hanya untuk keluarga terdekat. Tapi kepada sesiapa yang berminat boleh email ( shakey712@gmail.com) kepadaku.
Kini, Marissa sudah 7 bulan. Dia masih meminum susu badan. Setiap hari susuku cukup untuk consumption dia setiap hari. Hujung minggu juga aku masih boleh memerah dan ada lebihan untuk dia minum pada hari Isnin. Ini kerana aku memang lansung tiada stock. Kenali Marissa yang cerewet, dia tidak mahu minum susu Formula sehingga kini. Kalau susu badan memang sudah sangat habis, dia hanya akan minum susu Formula tatkala dia sangat2 lapar. Itulah Marissa yang cerewet daripada sejak baby lagi.
Aku teringin juga menulis pasal anak2 ku yang lain walaupun sudah lari daripada intention blog ini tapi aku fikir mereka juga adalah daily experience aku semenjak aku ada Marissa. Merekalah penghibur aku di kala sunyi. Merekalah kekuatan hidup aku. Sehingga bertemu lagi di next entry.

Friday, February 5, 2010

Finally i found


Trial Pack Shaklee 30days consume

Aku selalu keletihan di office dek kerana berjaga malam. Tak berhenti aku menguap di office. Aku memang mencari-cari sesuatu supplement untuk menghilangkan keletihan yang teramat sangat.

Akhirnya aku terjumpa satu blog yang amat menarik perhatianku. Itupun setelah aku menggoogle dalam susuibu.com. Blog itu adalah blog kesihatan yang memuatkan information tentang pemakanan multivitamin yang boleh mengoptimumkan kesihatan kita semua. Selama ini memang aku mencari supplement apakah yang boleh di ambil untuk mengelakkan diri aku daripada keletihan sepanjang hari so that aku boleh menjalankan tanggungjawab di office dengan bertenaga dan sambung tanggungjawab di rumah. Sesuatu yang berkualiti dan dalam lingkungan kemampuan kewanganku. Aku pasti ramai yang pernah dengar jenama Shaklee. Lebih2 lagi untuk seseorang yang baru lepas melahirkan,dan memerah susu ( since aku adalah Exclusive pumping) aku memang perlu mengambil sesuatu supplement.

Terima kasih kepada Norita atau N kerana menyediakan satu blog yang sangat informative. Blog http://anakkuwiraku.blogspot.com kepunyaan N sentiasa menjadi rujukanku. Terasa sangat rugi kerana tidak menjumpai supplement ini since my first pregnancy. N telah memperkenalkan Trial Pack Shaklee 30 days consume. Aku telah mengorder satu Trial Pack Shaklee ini ketika aku mula2 kembali bekerja. Ianya telah dicourierkan ke officeku. Antara sebab2 aku kena cuba trial pack ini:
- sentiasa mengantuk dan kepenatan apabila balik malam terpaksa melayan 3 orang anak yang masih kecil di rumah.
- Exclusive Pumping ( EP) memerlukan makanan yang boleh memperbanyakkan kuantiti susu dan kualitinya juga because no direct feeding takes place.
- susu agak cair apabila jarak mengepam dipanjangkan.
- apabila badan penat, agak sukar untuk stay focus di office - itu akan effect kualiti kerja.
Selepas hari ke-3 makan shaklee,aku dapat lihat perbezaannya. Iaitu:
- susu semakin banyak
- susu semakin pekat
- badan terasa agak segar
- tidak lagi mengantuk di office
- sampai di rumah, boleh stay awake sehingga pukul 11pm ( sebelum ambil Shaklee pukul 8pm mata sudah tidak boleh buka)
Aku memang sudah lama dengar jenama Shaklee tetapi tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk mencuba. Agaknya aku fikir harganya sangat mahal. Tapi sebetulnya belum pernah ada orang yang betul2 memperkenalkan Shaklee kepadaku selama ini. Aku tidak pernah ambil tahu apakah kebaikan vitamin2 Shaklee selama ini. Sekarang information ini semuanya dihujung jariku.
Jadi dengan penemuan Vitamin ini, aku berharap hasratku untuk menyusukan si kecil Marissa sampai 11 bulan at least akan tercapai. Aku meletakkan target 11 bulan sahaja kerana genap umur Marissa 11 bulan, maid aku akan pulang ke Indonesia kerana kontraknya telah tamat. Lainlah kalau aku mendapat replacement maid yang sebagus maid aku sekarang. Aku berserah kepada Yang Maha Esa.