Saturday, May 22, 2010

Suka Duka Menjadi Exclusive Pumping

Untuk terjun ke bidang pumping exclusively,seseorang itu perlu ada satu semangat yang utuh. Sebelum aku mengambil keputusan untuk terus mengepam susu setelah Marissa enggan meminum direct, pernah ku bertanya pada diri sendiri. 'Adakah aku bersedia untuk mengharungi apa jua rintangan di kemudian hari jika bergelar exclusive pumping?' ' Adakah aku akan lakukan apa sahaja untuk memastikan milk supply aku maintan?' Pastinya jawapan untuk kedua-dua soalan itu adalah YA!
Namun, tidak di nafikan, pastinya terdapat rintangan di sepanjang perjalananku ini. Antaranya :
1)Aku perlukan lebih masa untuk mengepam instead of bagi direct. Kalau orang lain, jika baby menangis, boleh terus suakan buah dada dan baby akan terus senyap dan adakalanya terus tertidur selepas menyusu badan. Terutamanya waktu keluar berjalan-jalan. Terpaksa provide kan masa untuk mengepam jika keluar untuk jangka masa yang agak panjang. Begitu juga pada waktu malam. Alangkah bagusnya kalau baby terus hisap. Namun itu semua tidak berlaku kali ini.Pernah sekali hubby mengoffer untuk jaga baby satu malam, aku dapat tidur dgn lenanya. Satu malam aku tidak bgn mengepam, sedar-sedar pukul 6 pagi breast sudah engorge sesangat! Sakit!
2)Perlu mensteril botol susu dan pam sekerap mungkin berbanding minum direct. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada baby.
3)Perlu bekerja lebih keras berbanding breastfeeding mummy untuk memastikan milk supply aku maintain. Sebab itu ku lakukan apa jua untuk pastikan susu sentiasa can meet demand. Kalau breastfeeding mummy pastikan latch on sekerap mungkin, aku pula pastikan pumping sekerap mungkin barulah susu akan maintain.Sebab itulah aku perlukan supplement yang bagus.
4)Penggunaan Pam Avent Manual kadangkala agak memenatkan namun aku lupakan semua itu. Ini kerana aku lebih sesuai dgn pam ini. Kalau aku sakit belakang terpaksa lah pergi mengurut badan yang sakit ini. Tapi Alhamdulillah dgn pengambilan multivitamin Shaklee aku jarang sakit badan.
5) Bonding dgn baby agak kurang. Ini yang aku sangat missed!
Basically itulah rintangan yang ku hadapi setakat ini yang ku mampu ku titip buat masa ini. Di sampingan rintangan , terdapat juga kebaikan nya. Kadang-kadang kita kena ambil dari sudut positive supaya kita menjadi redha dgn apa yang terjadi. InsyaAllah kebaikan mengepam pada next entry. Sehingga jumpa lagi.

2 comments:

fizanur said...

dah dapat maid baru ke?

Shake it Move it said...

hi fizanur...belum dpt maid baru...maybe takde maid utk sebulan dua nie..pakai khidmat adaik kembar saya umur 18thn..dan bagi peluang kat diri sendiri buat semua keje rumah...