Tarikh 31hb July 2010 akhirnya datang juga. aku terpaksa menerima kenyataan yg maid yang aku percayai selama ini telah tamat kontraknya dan akan kembali ke Indonesia for good. Pagi sabtu itu, semua isi rumah bangun pukul 3.30pagi dan bersiap untuk menghantar bibik ke KLIA. Semua pergi tiada yang tinggal.
Di airport, kami terpaksa beratur untuk check in kerana orang sudah ramai. Semuanya orang Indonesia, rasanya majoritynya maid yang ingin pulang. Maidku, Amanah ditakdirkan pulang bersama dengan jirannya, yang akan menaiki pesawat yang sama.
Sedih? Yes definetely. Dua tahun bagi aku cukup lama untuk membuatkan aku rasa kehilangan nanti. Amanah juga ku lihat sedih untuk berpisah dengan baby, Marissa. Mana taknya, masanya dengan Marissa lagi banyak berbanding dengan mamanya sendiri. Dengan aku sibuk mengepam lagi bukannya direct.
Namun aku bertuah kerana aku akan ditolong oleh adik kembarku selepas bibik pulang. Deq dan Kakak sedang menunggu masa untuk masuk ke Politeknik pada November nanti. Jadi ,ereka ada masa untuk tolong jaga anak2ku..
Kehidupan terpaksa diteruskan walaupun ada bezanya. Kalau sebelum ini, selepas subuh aku akan bagi Marissa pada bibik dan aku akan sambung tidur. Namun sekarang tiada lagi. Tetapi Alhamdulillah, Allah faham keadaan aku, sekarang Marissa tidak lagi bangun awal setiap hari. jadilah rutin itu terhapus dengan sendiri.
Kalau sebelum ini, bibik akan masak semua lauk2 untuk tengahari, tapi sekarang aku terpaksa beli kalau aku tak sempat masak. Hujung minggu sahaja masa untuk aku benar2 di dapur.
Tetapi di sebalik semua itu, aku think positive. Dengan tiadanya maid, aku akan ada peluang untuk memabuat semua kerja rumah sendiri yang selama ini aku serahkan kepada maid semuanya. aku gosok baju sekolah anak seulungku, basuh kasut sekolah dia. prepare dia untuk ke sekolah, masak nasi goreng kegemaran Ammar, mandikan semua anak2. Secara tidak lansung, hubungan kami makin rapat.
Ammar pasti rindu bibik kerana dia adalah orang yang paling rapat dengan bibik. Dia masih mengharapkan bibik datang kembali. Dia tidak ingin makan nasi kecuali aku yang suap. Kesian pulak kat Ammar. Amanna pun kadang2 tersalah panggil bibik selepas dia mandi atau ke bilik air. Pastinya semua orang terasa dengan ketiadaan dia. Tapi life must go on and we must make the best out of it.
Aku pasti akan ambil maid lagi selepas ini. Tetapi aku takut kalau aku tidak dapat maid yang sebagus Amanah. Dia tidak 100% perfect. Mana ada manusia sempurna. Tapi sekurang2nya dia tidak pernah sakiti hati aku selama dia bekerja di sini. Jika terasa dia buat silap, dia akan terus minta maaf. Apabila aku tegur dia jika ada apa2 dia buat silap, dia tidak pernah bermasam muka atau merajuk ( sulk). Itu saje yang aku cari dalam setiap maid. aku boleh tolerate kalau kerja tak 100% perfect. Itu boleh di ajar dan dididik tapi yang paling penting ialah attitude.
Sangat berharap moga2 future maid aku ada attitude yang sama kalau tak sama semuanya harap2 nya almost. InsyaAllah....